PROGRAM KHAS USAHAWAN TELEKOMUNIKASI
Khas Untuk Usahawan-usahawan Bumiputra
PKUT merupakan satu program menarik yang diasaskan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), dengan kerjasama MARA dan TMnet, dan dilaksanakan melalui sebuah syarikat Bumiputera, FaraTech Sdn Bhd. FaraTech kemudiannya telah melantik beberapa syarikat, termasuk Acdra Sdn Bhd, untuk mencari usahawan-usahawan yang berminat menyertai program ini. Program ini merupakan satu usaha untuk meningkatkan penglibatan dan kekuasaan usahawan, terutamanya Bumiputera, dalam bidang telekomunikasi.
Melalui program ini, usahawan dilantik menjadi "Authorised Reseller for TM Net", yang membolehkan usahawan mempromosi dan menjual produk-produk TM dan TM Net. Sekiranya tidak melalui PKUT, agak susah untuk menjadi "Authorised Reseller for TM Net".
Usahawan PKUT juga berpeluang menjual beberapa produk lain, seperti pendaftaran ePerolehan Kerajaan, produk-produk Celcom, eDagang MARA dan sebagainya.
Program ini:
- Tidak memerlukan modal yang besar
- Tidak memerlukan pengetahuan teknikal
- Perniagaan yang memberikan peluang bekerja dari rumah
- Mampu memberikan pulangan yang lumayan
Untuk memudahkan usahawan berjaya melalui peluang ini,
- MARA menyediakan kursus keusahawanan
- MARA menyediakan wang pinjaman perniagaan kepada pemohon yang layak
- usahawan dibekalkan dengan pengetahuan yang mencukupi tentang setiap produk secara percuma
SUASANA PASARAN TELEKOMUNIKASI
Permintaan untuk barangan telekomunikasi kian lama kian meningkat dan akan terus meningkat. Masa depan akan menyaksikan:
- Lebih ramai pengguna streamyx dan internet
Internet semakin diterima oleh masyarakat sebagai sumber utama untuk mendapatkan pengetahuan dalam berbagai bidang. Pelajar-pelajar sekolah pun semakin ramai yang menggunakan internet untuk menyiapkan kerja sekolah dan menambah ilmu pengetahuan, sambil berpeluang pula untuk mencari kenalan baru.
Golongan remaja bukan saja menggunakan Internet untuk membantu mereka dalam menjalankan tugas, tetapi juga berpeluang untuk mencari kenalan baru, bertukar-tukar pendapat melalui laman perbincangan, dan sebagainya.
- Lebih ramai pengguna telefon bimbit
Pengguna telefon bimbit kian meningkat. Semakin ramai rakyat negara ini yang menganggap telefon bimbit sebagai keperluan.
- Lebih ramai pengguna telefon talian tetap
Peningkatan bilangan penduduk, keinginan melayari internet dan pertambahan bilangan syarikat perniagaan adalah antara punca bertambahnya bilangan pengguna talian telefon tetap.
- Lebih ramai peniaga yang akan mengiklan melalui laman web
Internet kian disedari oleh orang awam sebagai sumber rujukan yang penting. Syarikat perniagaan pula menyedari bahawa Internet kini digunakan oleh orang ramai sebagai media yang penting untuk mencari maklumat, dan "yellow pages" sudah kurang digunakan. Kos pengiklanan dalam laman web juga adalah diantara yang termurah berbanding pengiklanan cara lain.
- Kerajaan menggalakkan graduan menganggur untuk berniaga
Sebagai contoh, MARA dan Dewan Perniagaan Melayu telah memperkenalkan dua peluang perniagaan, ia itu CEO Strategic Incubator (CSI) dan Program Khas Usahawan Telekomunikasi (PKUT). Kedua-dua program ini bertujuan untuk menyediakan peluang kerjaya, sekali gus mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Bumiputera.
Keadaan ini menjanjikan peluang perniagaan yang cukup baik kepada usahawan yang merebutnya, terutamanya bumiputera, termasuk yang bekerja sambilan, yang cari peluang kerja di rumah atau.yang berniaga secara sepenuh masa. Dikalangan usahawan yang menyertai program ini, sudah ada beberapa orang yang mendapat pendapatan bulanan 5 angka walau pun baru menyertai program ini beberapa bulan yang lalu. Ramai diantara usahawan-usahawan ini yang melantik beberapa orang individu sebagai agen atau wakil jualan yang dibayar komisyen. Cara ini bukan saja mendatangkan hasil kepada usahawan, tetapi juga mengurangkan pengangguran. |
|
Dengan adanya sokongan yang diberikan oleh Kerajaan melalui MARA, sokongan padu dari Dewan Perniagaan Melayu dan kerjasama dari TMnet, Program Khas Usahawan Telekomunikasi ini wajar dipertimbangkan oleh mana-mana individu yang berhasrat untuk menjadi usahawan, atau oleh usahawan yang ingin mempelbagaikan bidang niaga mereka.
Hampir segala yang diperlukan telah pun disediakan: kursus keusahawanan oleh MARA, modal pinjaman dari MARA, kursus kemahiran produk dari Faratech dan TMNet, tunjuk-ajar oleh usahawan yang telah menyertai program ini lebih awal, dan sebagainya. Yang diperlukan untuk berjaya dalam program ini hanyalah usaha gigih dari usahawan sendiri.
Senarai Produk-produk PKUT
Hampir seperti mempunyai TM Point sendiri
Berikut adalah sebahagian dari produk yang didagangkan oleh usahawan PKUT:
- Produk-produk Bluehyppo (tekan untuk maklumat)
- Streamyx (tekan untuk maklumat)
- TM Net E-Voice (tekan untuk maklumat)
- Pendaftaran ePerolehan Malaysia (tekan untuk maklumat)
- Portal eDagang MARA
- Talian-talian tetap dari TM
- Perkhidmatan Centrex
- Kad Ring Ring (tekan untuk maklumat)
- Kad i-Talk (tekan untuk maklumat)
- Celcom Minutes Plan
- Celcom XPAX
- Astro Broadband TV
- Beberapa jenis telefon bimbit termasuk Nokia, Motorola, Dopod, Sony Ericsson, LG dan Samsung
dan lain-lain. Produk-produk yang diniagakan melalui PKUT mempunyai permintaan yang tinggi. Produk-produk baru akan ditambah dari masa ke semasa.
Tidak lama lagi, produk-produk berikut akan diniagakan oleh usahawan PKUT:
- Perkakasan komputer dan aksesori
Getting Rich Quick--From My Site!
Behind the Scenes of My Home Page
